Search This Blog

Sunday, February 14, 2010

PKR Makin GOYANG!!!!....

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta-merta dan memilih untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau menafikan tindakan keluar parti ini bukanlah kerana telah bercakap dengan mana-mana pemimpin BN atau Umno atau mana-mana pihak sekalipun. (Dengan kata lainnya beliau TIDAK di BELI oleh mana-mana pihak)

Dalam sidang media yang cukup ringkas beliau mengatakan, ”Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas.”

Beliau juga mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta-merta. Beliau mengatakan sebab beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana beliau sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng.

Goyang.....Goyang........Goyang......

p/s : INGAT......Jangan sampai kena cucuk hidung.......

No comments:

Post a Comment