Search This Blog

Thursday, January 28, 2010

KEPALA BABI DAN SENSITIVITINYA

Kita digemparkan lagi dengan penemuan Kepala Babi di kawasan Masjid di Kg Medan dan Taman Sentosa. Ini merupakan suatu perkara yang amat sensitif serta harus diambil serius oleh semua pihak tidak mengira Agama dan Bangsa di Malaysia.

Dari perspektif agama, Kepala Babi atau apa-apa yang berkaitan dengannya amat sensitif kepada orang Islam yang mana HARAM hukumnya kepada sesiapa yang memakannya dan kepada sesiapa yang menyentuhnya di WAJIB kan untuk bersamak. Justeru itu kepada sesiapa berkenaan yang meletakkan ataupun melemparkan Kepala Babi tersebut di kawasan Masjid merupakan orang yang cuba membuat provokasi kepada orang Islam. Samada ianya merupakan rentetan daripada kes bakar Gereja ataupun bakar Surau/Masjid baru-baru ini, kita harus berfikiran rasional demi menjaga ketenteraman dan kestabilan Negara kita. Di dalam Islam kita diseru untuk menyiasat kesahihan sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tindakan ataupun keputusan. Adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan bertindak kerana kita mempunyai undang-undang dan teras yang MESTI diikuti.

Kepada sesetengah pihak yang cuba mempergunakan isu ini sebagai suatu “Modal” agenda politik mereka, disarankan agar lebih waras dan jangan tuduh menuduh antara satu sama lain kerana ianya akan mencerminkan ketidakwarasan seseorang individu dan institusi itu sendiri. Semenjak isu ini tersebar, sudah ada orang politik yang memberi komen lebih kepada berbaur fitnah dengan menuduh orang sesekian yang lakukan perkara ini. Ini adalah satu tabiat yang mesti dibuang jauh-jauh oleh orang Islam dan Melayu khususnya.

Isu Kepala Babi, Bakar Gereja dan Bakar Surau/Masjid merupakan suatu isu yang amat runcing dan ianya bagaikan “Retak Menanti Belah” serta “Meniti Di Hujung Pedang”.
Oleh yang demikian, kita harus bersama-sama memikirkan tanggungjawab kita untuk membendung perkara ini daripada terus berlaku agar keamanan dan kestabilan Negara terpelihara.

Kepada yang berkenaan, ingatlah, sedarlah dan bersyukurlah dengan “Apa Yang Telah Anda Kecapi” dan janganlah jadi seperti “Kacang Lupakan Kulit” dan “Sudah Di Beri Betis, Peha Pulak Hendaknya”.

Jangan sampai apabila “Telinga Sudah Panas, Darah Sudah Mendidih” menjadi titik noktah kepada pertimbangan.

No comments:

Post a Comment