Search This Blog

Thursday, January 28, 2010

TUDINGAN JARI – KEPALA BABI & RUMAH IBADAT

Kini semua orang memperkatakan dan membincangkan perkara sensitif ini. Ramai yang membuat kesimpulan dan terjemahan sendiri ke atas isu yang terlalu HANGAT ini. Dari kedai kopi di kampung-kampung hinggalah ke surau-surau, tetapi tidak ramai pula orang Melayu yang membincangkannya di kafe-kafe eksklusif di bandar-bandar besar. Dimanakah perginya sifat sensitiviti terhadap agama Islam itu sendiri? Pihak kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya pula meminta agar semua bertenang dan biarkan pihak bertanggungjawab menyiasat perkara ini dengan sebaiknya. INGAT..... jangan terlalu berTENANG..... kerana sudah tentu ada dalangnya yang ingin mencetuskan kekacauan...

Ingatlah kepada pihak pembangkang yang gemar bermain isu-isu panas..... jangan sampai isu ini memakan Agama, Bangsa dan Negara anda sendiri. Jangan pandai menuding jari dengan menuduh pihak ini dan pihak itu yang melakukan perbuatan tersebut. Jangan mempolitikkan dan mengambil kesempatan dari isu ini dengan kenyataan-kenyataan yang tidak memberi faedah kepada Negara dan anak-anak cucu kita dikemudian hari.

Datuk Seri Menteri Dalam Negeri harus pandai menangani isu ini sehalus-halusnya, umpama ”Menarik Rambut Dalam Tepung”.....
Jangan sampai orang Melayu yang berpegang kuat pada Agama Islam, Bangsa dan Negara hilang pertimbangan dan bertindak dengan hati yang mendidih serta tidak lagi dengan kewarasan fikiran. Jangan lupa kepada peristiwa hitam yang pernah mencalar sejarah negara kita. Bila-bila masa sahaja semangat sedemikian akan terbangkit......kepada yang menjadi dalang dalam isu ini.....HENTIKANLAH..... sebelum lebih parah.....

No comments:

Post a Comment